Friday, 16 May 2014

Posted by Norelmi Najiha binti Ismail on 5/16/2014 04:17:00 pm No comments
Kami merupakan syarikat katering dan perunding majlis yang berprestij dan kami mengutamakan kualiti yang terbaik buat pelanggan kami. 

Kepakaran kami ialah membantu bakal-bakal pengantin yang menginginkan majlis perkahwinan yang EKSKLUSIF, ELEGAN dan BERPRESTIJ dengan kos yang mengikut bajet anda tanpa melakukan sebarang pembaziran yang tidak diperlukan di dalam majlis.

Masalahnya ialah bakal-bakal pengantin sekarang masing-masing menginginkan majlis perkahwinan yang serba indah tetapi sehingga sanggup berhutang dengan pihak di sekeliling. Kami sebagai perunding perkahwinan dan katering akan membantu anda untuk memperolehi majlis perkahwinan idaman anda mengikut bajet yang anda termampu. 

Hari ini kami bersyukur kerana syarikat kami telah membantu menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi oleh bakal-bakal pengantin terutamanya kekangan dari sudut kewangan.

Tapi sebelum ini, saya sendiri sebagai pengasas syarikat ini sebenarnya telah melalui perkara yang sama sewaktu perkahwinan saya sendiri pada tahun 2012. Namun, tiada pihak yang sudi memberikan perkhidmatan terbaik dengan bajet yang ada. Kebanyakan pihak yang saya jumpa semuanya hanya menekankan kepada keuntungan mereka.

Sehinggalah, saya sendiri mula mengasaskan syarikat ini untuk membantu bakal-bakal pengantin di luar sana yang memerlukan perkhidmatan kami. Kini, ramai pelanggan kami yang sangat berpuas hati dan sangat gembira apabila kami menawarkan perkhidmatan terbaik kami. Inilah sebab mengapa kami buat apa yang kami lakukan sekarang. 

Antara komen-komen yang kami dapat dari pelanggan-pelanggan kami ialah :

1. Mutiara Catering memang terbaik!! Servis yang di berikan sangat tangkas dan efisyen!
2. Mutiara Elmy House sangat AWESOME!!
3. Makanan sangat sedap hingga semua tetamu saya makan berulang kali..
4. Decoration majlis memang terbaik! Cantik sangat!
5. Saya dapat majlis seperti yang saya impikan selama ini. Tetapi yang paling seronok ialah saya tidak perlu berhutang dan berbelanja lebih dari kemampuan saya untuk mendapatkan majlis impian saya!!
6. Majlis sangat berprestij.. Bila sampai waktu adik saya nak kahwin nanti, saya akan suruh dia ambil perkhimatan Mutiara Catering!
7. Kami suka berurusan dengan Mutiara Catering.. Staf-staf yang sangat peramah dan memberikan perkhidmatan yang sangat berkualiti. Pemilik Mutiara Catering pun sangat AWESOME!!

Terima kasih bagi yang menyokong MUTIARA ELMY HOUSE dari mula penubuhan kami hingga ke saat ini. Bagi anda yang ingin mendapatkan PERKHIDMATAN KONSULTASI PERKAHWINAN secara PERCUMA dari kami, anda boleh SMS / WHATS APP  kan butir anda

<NAMA> jarak <LOKASI> jarak <TARIKH MAJLIS> ke 018 211 2274

segera dan pihak kami akan menghubungi anda semula untuk menetapkan tarikh konsultasi bersama anda.

"BERIKAN MAJLIS ANDA SENTUHAN DARI SEBUTIR MUTIARA" 

0 comments:

Post a Comment